Kelas Advocacy Online Grooming
30 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 29 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advocacy Online Grooming kepada 15 orang peserta yang hadir. Sesi advocacy ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga jam 01.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang. Advocacy ini menerangkan kepada peserta berkaitan pembentukan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya seseorang kanak-kanak itu mendengar kata-kata/suruhan pemangsa dan ia dilakukan untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan, jenayah dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: