Kisah Kejayaan
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari NADI - Gebriel Palen Bin Affendy
Gebriel Palen Bin Affendy merupakan budak yang berumur 12 tahun. Bersekolah di Sk Rantau Panjang dan merupakan ahli yang berdaftar di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang pada 10.04.2017. Beliau juga merupakan ahli yang sangat aktif menggunakan kemudahan internet dan sering menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang sebagai pusat tumpuan untuk belajar dan mendapatkan maklumat selepas balik dari sekolah dan semasa cuti hujung minggu serta cuti sekolah. Sebelum penglibatan dirinya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau kurang pendedahan terhadap penggunaan komputer dan juga internet, kekurangan maklumat ICT di dalam kehidupan seharian dan tidak tahu mengendalikan komputer dan juga aplikasi yang terkandung di dalam komputer.
Selepas penglibatan diri di dalam Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, telah memperlihatkan beliau sebagai seorang pelajar yang aktif menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang sebagai tumpuan utama dan kini menjadi pelajar yang serba mahir di dalam penggunaan komputer dan aplikasi yang lain seperti Microsoft Office serta teknik menaip yang betul. Melalui penggunaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau telah belajar tentang perkara asas penggunaan komputer dan internet, belajar menggunakan youtube dan juga cara mendapatkan maklumat dengan cara yan betul dan selamat. Antara penglibatan beliau di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang ialah seperti Pengenalan kepada Asas Microsoft Word 2013 Tahap 1, Pengenalan kepada email dan juga Pengenalan kepada Microsoft Power Point 2016 Tahap 2.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari NADI - Helen Anak Alo
Helen Anak Alo merupakan seorang usahawan yang giat dalam perusahaan Smart Tycon Group dan juga merupakan seorang usahawan Pua Kumbu dan juga manik. Beliau telah menjalankan perusahaan tersebut beberapa tahun yang lalu dan kini telah bergiat aktif setelah terlibat di dalam kursus yang dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang. Sebelum penglibatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau mengalami beberapa masalah terutama dalam aspek pemasaran produk. Selepas melibatkan diri di dalam Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, telah membantu beliau dalam menangani masalah tersebut malah dapat memajukan bisnes beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Antara pencapaian beliau ialah dianugerahkan pangkat Sales Manager di dalam perusahaan Smart Tycon Group pada 15 Julai 2017. Antara produk perusahaan beliau di dalam perniagaan STG ialah Bb Plus, Bio Seleza, Maharani dan juga kopi mineral. Di dalam perusahaan yang lain iaitu Pua Kumbu dan juga manik juga telah semakin berkembang sepenuhnya melalui promosi yang dijalankan seperti melalui facebook, whatapps dan wechat. Beliau berharap agar golongan belia yang lain dapat mengikuti jejak beliau pada suatu hari nanti.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari NADI
Matthius Moses Anak Munan merupakan budak yang berumur 10 tahun. Bersekolah di Sk Rantau Panjang dan menetap di rumah panjang Frankie di Rantau Panjang. Beliau juga merupakan ahli yang aktif menggunakan kemudahan internet dan sering datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang pada masa lapang untuk membuat kerja sekolah dan juga melayari internet. Sebelum penglibatan dirinya di dalam Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau tidak tahu atau tidak mahir pengunaan aplikasi Microsof Office, sukar untuk mendapatkan maklumat tanpa ada fasiliti seperti jaringan internet dan tidak tahu mengendalikan komputer dan aplikasi didalam komputer.
Selepas penglibatan dirinya di dalam Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau lebih mudah mendapatkan rujukan samada tentang pembelajaran di sekolah mahupun ilmu pengetahuan dan menjadi semakin mahir di dalam penggunaan komputer dan fungsi-fungsi serta kegunaan yang terdapat di dalam komputer serta dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Antara penglibatan beliau di dalam Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang ialah seperti Kelas Origami burung bangau, Klik dengan Bijak dan Kelas Asas Microsoft Excel 2016 Tahap 1.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari NADI- Mohd Nurman
Mohd Nurman merupakan ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang yang bergiat aktif di dalam perniagaan online. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan Smart Tycon Group dengan memfokuskan produk kesihatan lelaki dan wanita dan minuman kesihatan seperti kopi mineral dan produk Maharaja. Beliau menjadikan pusat internet sebagai pusat untuk mengumpul maklumat tentang perniagaannya pada setiap hari sekiranya terdapat masa lapang.
Sebelum penglibatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, agak sukar untuk beliau melakukan perniagaannya terutamany dari segi pemasaran produk, masalah komunikasi dengan pengguna, dan hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Selepas penglibatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau menjadi individu yang berpengetahuan di dalam bidang pemasaran produk secara atas talian. pemasaran produk menjadi semakin meningkat dalam kalangan pengguna dan menjadi lebih matang dalam menghadapi masalah-masalah berkaitan dengan sesuatu produk. Di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau telah belajar tentang cara-cara mempromosikan sesuatu produk, menggunakan youtube tentang perniagaan secara atas talian dan belajar cara berinteraksi secara langsung dan tidak langsung dengan pengguna yang ingin mendapatkan produk daripada beliau.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari NADI - Nurhedlin Anak Asun
Nurhedlin Anak Asun merupakan remaja yang berumur 18 tahun. Beliau merupakan usahawan pua kumbu dan sering ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bagi menggunakan kemudahan internet yang tersedia untuk mempromosikan produk beliau di dalam laman sosial samada melalui facebook, blog mahupun kedai online seperti mudah.com.my. Sebelum melibatkan diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, Nurhedlin kurang pengetahuan di dalam perniagaan online khususnya dalam aspek pasaran produk, promosi produk dan juga kurang pendedahan terhadap ilmu keusahawanan.
Selepas penglibatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau semakin giat untuk melakukan perniagaan beliau di atas talian dan mendapat sambutan daripada pengguna yang ingin mendapatkan produk pua kumbu daripada beliau. Di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau banyak mendapatkan maklumat tentang aspek pemasaran produk, cara mempromosikan produk dan juga belajar tentang cara meningkatkan kualiti produk melalui usaha penyelidikan dan pembangunan produk beliau. Beliau juga terlibat secara aktif di dalam kelas keusahawanan yang dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang iaitu seperti Kelas Asas Keusahawanan yang mana beliau banyak belajar tentang cara mempromosikan produk seperti di media social iaitu facebook dan juga aplikasi whatapps.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari NADI - Adik Acer Jerico Anak Bawin
Adik Acer Jerico Anak Bawin merupakan ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang sejak 2017. Beliau selalu mengikuti kelas-kelas yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang. Selain itu, beliau selalu menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang sepenuhnya untuk mencari maklumat serta menyiapkan kerja sekolah. Sebelum penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau kurang terdedah dengan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Excel dan Powerpoint. Beliau juga sukar untuk mencari maklumat bagi tujuan pembelajaran kerana tidak mengetahui cara yang benar dan sahih untuk mendapatkan maklumat dari internet.
Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari NADI - Puan Ziton Anak Marikan
Puan Ziton Anak Marikan merupakan salah seorang Entrepreneur Q3 2019. Beliau mula mengikuti kelas-kelas yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang setelah menjadi seorang Entrepreneur Q3 2019. Selain itu, beliau selalu menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang sepenuhnya untuk mencari maklumat untuk idea baru perniagaan Gerai Makan beliau. Sebelum penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau kurang terdedah dengan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Excel dan Powerpoint serta penggunaan Internet sewajarnya. Beliau juga sukar untuk mencari maklumat bagi tujuan promosi perniagaan beliau kerana tidak mengetahui cara yang benar untuk mendapatkan maklumat dari internet.
Usahawan Online Berjaya - Puan Sharvina, pengasas Monster Burger
Sharvina binti Mohd Misyam merupakan pengasas Monster Burger. Beliau merupakan seorang yang aktif mempromosikan perniagaan burgernya secara atas talian terutama dalam sosial media iaitu Facebook. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang turut membantu mempromosikan produk jualannya melalui penghasilan video dan promosi atas talian.
Warga Emas Yang Celik IT - Jubin Anak Kilah, pengusaha tanaman jagung
Jubin bin Kilah, warga emas yang juga merupakan seorang pesara kini mengusahakan kebun jagung. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah membimbing beliau dalam penggunaan Whatsapp dan Facebook. Penggunaan aplikasi ini memudahkan beliau berurusan dengan pelanggan. Kini, beliau juga menjadi pembekal sayur jagung kepada pasar raya berdekatan.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan ICT - Puan Norliza mengikuti Kelas ICT dan Keusahawanan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Puan Norliza telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang pada tahun 2020 dan mula menyertai kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan iaitu asas komputer dan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Puan Norliza juga didedahkan dengan cara mengedit gambar dan menghasilkan video.
Setelah mengikuti beberapa kelas di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau kini yakin untuk menggunakan komputer riba dan memudahkan beliau melaksanakan urus niaga dari rumah. Bimbingan berterusan dan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT yang diperolehi banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian terutamanya dalam pengurusan perniagaan D'Ombak Kek LaPEDis Sarawak yang dimilikinya.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan ICT - Puan Siti Khatizah mengikuti Kelas ICT dan Keusahawanan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang
Puan Siti Khatizah mula mengikuti kelas ICT dan Keusahawanan anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang pada awal Mac 2020. Beliau menjalankan perniagaan membuat pelbagai jenis biskut seperti Frambozen, Bebola Rahsia, Volcano Nuttella dan banyak lagi. Di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, Puan Siti Khatizah dibimbing menggunakan komputer dan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang juga membantu beliau dalam mempromosikan produk jualannya atas talian.
Pelajar Yang Celik IT - Adik Matthius Moses mengikuti Kelas ICT anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang
Matthius Moses Anak Munan merupakan pelajar di SMK Sungai Merah Sibu dan menetap di rumah panjang Frankie di Rantau Panjang. Adik Moses juga merupakan ahli yang aktif menggunakan kemudahan internet dan sering datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang pada masa lapang untuk membuat kerja sekolah dan juga melayari internet. Sebelum penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau tidak mahir menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Office serta sukar untuk mendapatkan maklumat dengan kekangan ketiadaan fasiliti komputer dan internet. Selepas penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau lebih mudah mendapatkan rujukan sama ada tentang pembelajaran di sekolah mahupun ilmu pengetahuan dan menjadi semakin mahir menggunakan komputer serta dapat membuat projek kelas menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan ICT - Daisy Jupa, pengasas Daisy Beads Craft
Cik Daisy Jupa merupakan usahawan kraftangan manik yang berniaga aktif di Facebook dan Tiktok. Beliau merupakan seorang ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang yang sering mendapatkan bimbingan daripada staff Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang dalam pembelajaran iklan di media social iaitu Facebook, Whatsapp, Instagram, Tiktok dan platform E-Commerce (Shopee). Cik Daisy juga rajin menghadiri kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang. Beliau berjaya mendaftar akaun Shopee sebagai platform “sale online” yang baharu dan berjaya mendaftarkan perniagaan beliau dengan bimbingan daripada staff NADI.
Belia Yang Celik IT - Cik Esther Debbie mengikuti Kelas ICT anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang
Cik Esther Debbie merupakan seorang belia yang menetap di rumah panjang Maling di Bukit Aup. Beliau belajar komputer untuk persiapan ke alam pekerjaan pada masa hadapan. Sebelum penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau tidak mahir menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Office serta sukar untuk mendapatkan maklumat dengan kekangan ketiadaan fasiliti komputer dan internet. Selepas penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau lebih mudah mendapatkan informasi dan maklumat berkenaan jawatan kosong secara atas talian dan menjadi semakin mahir menggunakan komputer serta dapat membuat resume dan surat pemohonan kerja sendiri selepas menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang.