Keusahawanan
Penternakan Ayam Secara Kecil-Kecilan
Mohd Faridwan merupakan seorang remaja yang berumur 18 tahun. Beliau telah menjalankan pengusahaan ayam secara kecil-kecilan pada tahun 2017 dan semakin aktif setelah tamat tingkatan 5. Pada mulanya, beliau hanya menganggap penternakan ayam sebagai hobi. Namun, setelah mula melihat kepada kejayaan rakan-rakannya yang menjual ayam melalui medium atas talian, beliau telah mula belajar untuk menternak ayam yang terdiri daripada ayam kampung. Sebenarnya, beliau tidak menghadapi kesulitan dalam mendapatkan kawasan untuk penternakan kerana keluarganya telah memiliki kawasan sendiri. Namun, perkara yang menjadi cabaran kepada Faridwan ialah masalah mendapatkan kos untuk memulakan perusahaannya sama ada kos untuk membeli baka ayam, baja ayam, dan juga vaksin untuk merawat ayam.
Melalui kemudahan internet yang disediakan oleh pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang yang aktif sejak bulan Mac 2017. Pada masa yang sama, beliau mula meneroka cara penternakan ayam yang betul dan mula menternak ayam. Beberapa bulan kemudian, ayam beliau telah membesar dan sudah tiba masa untuk dijual. Untuk menjual ayam kampung, beliau telah menjualnya sendiri ke Sentral Market Sibu dengan kadar harga RM10 hingga RM15 per/kg. Setelah hampir 1 tahun terlibat dalam penternakan ayam, Mohd Faridwan mula merasakan penternakan ayam adalah suatu perkara yang memberi hasil pulangan yang lumayan. Mohd Faridwan memberi setinggi tinggi penghargaan kepada pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang yang banyak membantunya dalam mengembangkan perusahaan ayam beliau. Untuk mendapatkan tempahan ayam daripada Mohd Faridwan, boleh menghubungi beliau di talian 011-36505923 ataupun menggunakan medium facebook iaitu https://www.facebook.com/farid.wan.73113
Success Story Entrepreneur – Encik Jubin anak Kilah
Encik Jubin merupakan pesara yang mengusahakan perniagaan asas tani Baby Corn sejak awal tahun 2007. Bermula dengan hanya berniaga kecil kecilan di pasar borong sehinggalah beliau hanya menjadi pembekal dan mengedar kepada supermarket dan restoran. Setiap tanaman Baby Corn beliau mengambil masa 7 minggu untuk matang dan dituai secara berperingkat. Hasil tanaman beliau yang dijaga dengan baik menyebabkan pemintaan yang tinggi dari pelanggan beliau. Selain itu, beliau juga mengedar ke kawasan berdekatan Rantau Panjang iaitu pekan kecil Teku dan Sungai Merah. Encik Jubin menjual Baby Corn beliau dengan hanya RM1 sebungkus sama ada secara langsung atau supermarket dan restoran. Selain itu, beliau juga menjual Baby Corn yang belum dikupas dengan hanya RM2.50 sekilo. Semoga beliau terus maju dalam perniagaannya.
Success Story Entrepreneur – Puan Mary anak Kukut
Puan Mary merupakan seorang suri rumah yang berniaga kuih penyaram dari rumah sejak tahun 2019. Bermula dengan hanya berniaga rumah ke rumah sekitar kampung sehinggalah beliau hanya menerima tempahan melalui Whatsaap dan Facebook. Beliau akan membuka tempahan pada satu masa yang tertentu dengan mengiklankan di Facebook dan Whatsaap. Beliau menjual kuih penyaram dengan harga RM1 3biji dimana kuantiti dan kualiti yang memuaskan menyebabkan kuih beliau mendapat permintaan yang tinggi. Semoga beliau terus maju dalam perniagaannya.
Monster Burger
Perniagaan Monster Burger yang diusahakan oleh Puan Sharvina semakin mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan luar Sibu. Burger bersaiz 8 inci yang unik yang dijual dengan harga yang amat berpatutan ini berjaya menarik minat ramai pelanggan dan jualan harian nya selalu habis. Tambahan pula beliau menggunakan resepi istimewa buatan sendiri yang mampu membezakan rasa produknya dengan produk lain. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 0113 5332253.
Tanaman Sayur Jagung “BabyCorn”
Encik Jubin telah mengusahakan tanaman jagung sayur di berdekatan dengan tempat tinggalnya iaitu di Rantau Panjang. Tanamannya yang segar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan beliau juga turut menjadi pembekal untuk pasar raya berdekatan. Harga yang di tawarkan juga amat berpatutan. Hubungi Encik Jubin untuk sebarang tempahan di talian 017 3348147
Kraftangan Manik
Kraftangan Manik ini diusahakan oleh Puan Demit Lee iaitu seorang komuniti tempatan yang berasal dari Rumah Jiddy. Pelbagai jenis kraftangan rekaan beliau yang berjaya menarik minat pelanggan bukan sahaja di sekitar Sibu malah dari Semenanjung Malaysia juga. Hubungi Puan Demit di talian untuk sebarang tempahan atau pembelian.
D’Ombak Kek Lapis Sarawak
D’Ombak Kek Lapis Sarawak yang beralamat di No.4 (G/F), Lorong Tunku Abdul Rahman 8A 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia adalah kedai yang menjual pelbagai jenis kek lapis dan biskut. Hubungi Puan Norliza di talian 013 5667181 untuk sebarang tempahan dan pembelian.
Daisy Beads Craft & Art
Cik Daisy merupakan usahawan kraftangan membuat barang perhiasan manik seperti rantai, gelang tangan, anting, rantai kunci, set pakaian tradisional etnik Sarawak. Beliau berniaga aktif secara atas talian melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Whatsapp dan E-Commerce platform, Shopee. Cik Daisy juga membuat bengkel keusahawanan dan kelas tarian tradisional kaum Iban iaitu Tarian Ngajat. Selain itu, beliau juga sering mendapat undangan untuk membuat persembahan Tarian Ngajat di majlis-majlis.
Berminat boleh cari Miss Daisy Jupa di -
- Facebook : Daisy Beads Kraft
- Tiktok: daisyhelenjupa
- Whatsapp: Daisy Beads Kraft
- Shoppee: Daisy Handmade Craft