Rekreasi Dan Pelancongan
Sibu Rejang Esplanade
https://www.facebook.com/menarikdisibu/videos/440124680246521/
Taman Pesiaran Rejang yang terletak bersebelahan dengan Terminal Penumpang Sibu mempunyai pemandang yang menarik terutamanya di waktu senja. Taman Pesiaran Sibu ini juga berdekatan dengan hotel, pelbagai jenis kedai makan, taman permainan dan lain-lain lagi. Nak tahu kat mana tempat ni? Klik LINK google map dibawah.https://www.google.com/maps?cid=9598367900094922427
Taman Permainan
Taman ini terletak di hadapan SK Rantau Panjang Sibu.
Padang Bola Sepak
Padang bola sepak ini terletak dalam kawasan rumah panjang iaitu di Rumah Mathew.
Gelanggang Futsal
Padang bola sepak ini terletak dalam kawasan rumah panjang iaitu di Rumah Mathew.
Gelanggang sepak takraw
Gelanggang sepak takraw ini terletak berhampiran dengan SK Rantau Panjang iaitu dalam kawasan taman permainan.
Stadium Tun Zaidi
Stadium Tun Zaidi terletak di Jalan Teng Chin Hua, Sibu iaitu kira-kira 14 kilometer atau 18 minit perjalanan dari Rantau Panjang. Antara fungsi utama stadium ini ialah sebagai pusat sukan bagi masyarakat yang mendiami kawasan sekitarnya. Pada masa yang sama, ia juga menjadi pusat pengajuran perlawanan bola sepak atau temasya sukan antara sekolah-sekolah yang di bahagian Sibu. Stadium ini memainkan peranan yang sangat penting sebagai pusat sukan bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.
Stadium Tertutup Sibu
Stadium Tertutup Sibu terletak di Jalan Teng Chun Hua (Airport Lama), Sibu iaitu kira-kira 15 kilometer dari Rantau Panjang. Stadium ini mempunyai lapan gelanggang badminton, satu gelanggang bola keranjang, dua gelanggang bola tampar, dua lorong trek jogging dan tempat duduk utama dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 4,250 orang. Stadium ini juga dilengkapi dengan 479 tempat parkir kereta, 89 motosikal dan 16 untuk jurulatih pentas.
Sibu Rejang Esplanade
Taman Pesiaran Rejang yang terletak bersebelahan dengan Terminal Penumpang Sibu mempunyai pemandang yang menarik terutamanya di waktu senja. Taman Pesiaran Sibu ini juga berdekatan dengan hotel, pelbagai jenis kedai makan, taman permainan dan lain-lain lagi.
Taman Jubli Bukit Aup
Pusat Rekreasi Taman Jubli Bukit Aup terletak kira-kira 13 kilometer dari perkampungan rumah panjang, Rantau Panjang. Menurut lagenda ataupun mitos, mengatakan bahawa tempat rekreasi ini adalah kawasan pemujaan roh Naga Bari oleh masyarakat Iban yang mendiami bahagian Sibu sehingga ke hari ini. Selain itu, di kawasan puncak kawasan Pusat Rekreasi Taman Jubli Bukit Aup ada terdapat sebuah kolam yang dikenali sebagai kolam Naga Bari yang dipercayai sebagai tempat mandian Puteri Naga Bari. Antara kemudahan ini menawarkan tempat letak adalah amfiteater, ruang terbuka, barbeque pit, pondok berkelah, tapak perkhemahan, dan menara untuk melihat kawasan sekitar. Taman ini dibuka setiap hari bermula 7:00 am sehingga 7:00pm.