Bengkel Menaip Surat Rasmi
25 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan bengkel menaip surat rasmi kepada 7 orang peserta yang hadir. Bengkel ini berlangsung selama 2 jam setengah iaitu dari jam 9.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang cara menaip surat rasmi dengan cara yang lebih tepat berdasarkan format yang telah diberikan.
Dalam hal ini, mereka telah diajar cara menaip dengan diberikan latihan dan format surat rasmi yang betul. Bengkel ini turut membantu peserta untuk memperbaiki tahap penulisan dalam proses pembelajaran di sekolah memandangkan peserta yang hadir untuk menghadiri bengkel pada kali ini adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: