Kelas Membuat Logo
15 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas Membuat Logo kepada 6 orang peserta yang hadir dan terdiri daripada peringkat umur 12 tahun ke bawah. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi membuat logo yang menjadi lambang kepada sesuatu organisasi atau kementerian.
Mereka telah dibekalkan kertas lukisan, pensel dan pensel warna bagi membuat logo masing-masing. Selepas mereka menyiapkan logo, mereka dikehendaki membentang maksud dan komponen lain yang terdapat di dalam logo masing. Ini merupakan teknik pembelajaran asas sebelum mereka mengikuti kelas membuat logo menggunakan komputer pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: