JASA Connectivity
14 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Bahagian Sibu telah mengadakan 1 bengkel iaitu JASA Connectivity di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang. Seramai 18 peserta telah menyertai bengkel ini iaitu terdiri daripada 4 orang peserta lelaki dan 14 orang peserta perempuan. Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa dan juga berfungsi menangkis fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab secara real time melalui JASA Update dan memperkukuhkan jentera penyebaran maklumat di peringkat akar umbi melalui media sosial dan komunikasi bersemuka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: