Kelas Asas Keusahawanan
28 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas keusahawanan kepada 6 orang peserta iaitu ketegori 13 tahun ke atas. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari jam 9 pagi sehingga jam 1.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada bidang keusahawanan kepada peserta. Antara aspek pembelajaran yang diberikan fokus utama ialah berkaitan dengan langkah-langkah untuk memasarkan produk iaitu pua kumbu secara online iaitu dengan mengunakan medium laman sosial facebook. Dalam hal ini, peserta telah diajar cara untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan facebook dan juga membuat iklan penjualan serta berkongsi iklan produk mereka di facebook. Selain itu, peserta turut diajar membuat posting iklan barangan yang hendak dijual di page kedai online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: