Kelas ICT (Pengenalan Powtoon Tahap 1)
10 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 09 September 2017, pihak PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Pengenalan Kepada Powtoon Tahap 1 kepada 4 peserta yang hadir. Antara objektif kelas ICT kali ini ialah mengadakan kelas pembuatan video pendek. Kebaikan atau manfaat yang dapat diperolehi oleh para peserta ialah para peserta dapat mempelajari asas dalam aspek membuat video menggunakan aplikasi powtoon di samping dapat mengasah bakat peserta dalam seni pembuatan video pada masa kelak.
Di dalam kelas ini, peserta telah dibimbing dan diberikan tunjuk ajar berkenaan cara pengendalian kamera dan juga teknik edit video dengan cara yang sesuai secara online menggunakan powtoon. Latar masa dan latar tempat video juga telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh tenaga pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: