Kelas Seni Kreatif (Membuat Kotak Pensel Menggunakan Botol Plastik)
11 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2017, PI Rantau Panjang telah menganjurkan satu kelas Seni Kreatif kepada 5 peserta yang hadir. Kelas Seni Kreatif pada kali ini ialah mengajar para peserta membuat kotak pensel menggunakan barangan terpakai iaitu botol plastik. Para peserta telah diajar membuat kotak pensel secara individu menggunakan gunting, pisau, cellotape dan juga botol plastik air mineral yang sudah digunakan.
Antara objektif kelas ini diadakan adalah untuk menyemai semangat peserta dalam bidang seni kreatif yang mana mereka dapat membuat suatu produk yang baharu menggunakan barangan terpakai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: