Kelas ICT (Pengenalan Kepada Komponen Komputer)
25 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Pengenalan Kepada Komponen Komputer kepada 8 orang peserta yang hadir. Objektif kelas ini dianjurkan ialah bagi mendedahkan kepentingan komponen komputer dalam aktiviti seharian berdasarkan contoh komponen komputer yang ada di PI.
Dalam kelas ini juga, para peserta telah diberikan kuiz bertulis dan lisan bagi mengukur pemahaman tentang komponen komputer yang yang telah diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kelas ini sangat penting bagi mendedahkan perkara asas yang ada di dalam komponen komputer sebagai panduan mereka dalam subjek ICTL semasa berada di Tingkatan 1 kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: