KDB, aktiviti membuat origami & Microsoft Word 2013 Tahap 2
14 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mei 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas kepada 11 peserta yang mana ia terbahagi kepada dua sesi. Pada sesi pagi, kelas telah dihadiri oleh 5 orang peserta bagi kategori di bawah 13 tahun manakala sesi petang pula telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Pada sesi pagi, peserta telah didedahkan kepada aktiviti membuat origami burung bangau dan Klik dengan Bijak (KDB). Objektif aktiviti tersebut diadakan adalah bagi meningkatkan kreativiti peserta serta meningkatkan keupayaan aras berfikir aras tinggi. Pada sebelah petang pula, peserta telah didedahkan pengetahuan Microsoft Word 2013 Tahap 2 dan aktiviti Klik dengan Bijak (KDB). Tujuan kelas ini diadakan bagi menilai tahap pemahaman peserta terhadap modul pembelajaran yang lepas dengan diselitkan dengan ujian menaip sebuah artikel yang dipetik dan diubahsuaikan daripada “Masalah Disiplin Pelajar” oleh Koh Ve Lee, Dewan Siswa, Jun 2011. Untuk refleksi kelas pada kali ini, rata-rata pelajar telah menguasai Microsoft Word 2013 Tahap 2 dari segi kemahiran menaip. Diharapkan kelas ini akan mendapat lebih ramai sambutan daripada semua pihak pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: