Pengenalan Kepada Asas Microsoft Word 2016 Tahap 3
27 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas Pengenalan kepada asas Microsoft Word 2016 Tahap 3 kepada 7 orang peserta yang terdiri daripada 5 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari jam 9 pagi sehingga jam 1.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pengenalan kepada asas kepada Microsoft Word 2016 Tahap yang mana ia adalah kesinambungan daripada modul pembelajaran yang lepas. Antara aspek pembelajaran yang diberikan fokus utama ialah cara menaip dengan betul dan format tulisan, pengunnan perenggan dan pengunaan huruf besar pada penulisan. Di samping itu, peserta telah diberikan beberapa latihan untuk menguji tahap pemahaman berkaitan modul pembelajaran yang telah diberikan semasa kursus berlangsung. Refleksi pembelajaran kepada kursus kali ini telah menunjukkan hampir 80 peratus peserta telah menguasai modul yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: