Advocacy (Taklimat e-waste dan Kawalan Perisian Ibu Bapa)
23 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan 1 sesi advocacy iaitu taklimat mengenai e-waste dan kawalan perisian ibu bapa kepada 13 orang peserta yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Kelas ini berlangsung selama 6 jam iaitu dari jam 9 pagi sehingga jam 4.00 petang termasuk waktu rehat. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat berkaitan dengan e-waste dan kawalan berkaitan keselamatan internet kepada peserta. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB), kuiz, dan juga interactive game melalui internet antara kumpulan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: