Kelas Softskill dan Teknik Pembentangan
16 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskill dan Teknik Pembentangan kepada 7 orang peserta yang hadir. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang masih belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Panjang yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan seorang perempuan. Kelas ini telah berlangsung selama 4 jam iaitu dari pukul 10 pagi sehingga jam 2 petang.
Objektif kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan perkara-perkara yang penting dalam memupuk softskill dalam kalangan peserta yang hadir. Di samping itu, mereka telah dibimbing beberapa cara yang betul semasa membentang di hadapan kelas menerusi beberapa bidang subjek yang telah dipilih sebagai modul pengajaran. Modul ataupun subjek yang dipilih semasa kelas pembentangan kali ini ialah subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Iban.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: