Kelas Ulangkaji Peringkat Sekolah Rendah (Bahasa Melayu)
26 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 November 2017, PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Ulangkaji Peringkat Sekolah Rendah (Subjek Bahasa Melayu) kepada 7 orang peserta yang hadir dan terdiri daripada golongan kanak-kanak bawah 12 tahun. Mereka terdiri daripada 5 lelaki dan 2 perempuan. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi bagi mengisi masa lapang mereka pada cuti persekolahan dengan ulangkaji yang diberikan. Antara modul yang diajar ialah teknik menulis ayat, teknik menulis karangan dan simpulan bahasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: