Kelas Softskills: Lukis Wajah Rakan Anda Dengan Penuh Rasa Kasih Sayang
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Rantau Panjang Sibu, Sarawak telah mengadakan Softskills dengan melukis rakan mereka objektif aktiviti ini memupuk kesedaran positif di antara peserta-peserta.
Seramai 18 orang peserta telah hadir untuk menjayakan aktiviti ini.
Peserta dikehendaki berpasangan, setiap peserta diberikan sekeping kertas untuk melukis potret wajah pasangan masing-masing dan dikehendaki untuk mencatat 3 ciri-ciri pasangan yang dilukis. Tujuan aktiviti ini dibuat adalah untuk menilai sejauh mana keperibadian seorang pelukis dengan pasangannya. Walaupun ada segelitir pasangan peserta yang bersikap negatif diharap dengan aktiviti ini mereka dapat meningkatkan hubungan keperibadian diantara satu sama lain dan dapat dijadikan iktibar kepada peserta-peserta lain.
Di penghujung aktiviti ini, peserta-peserta bertukar potret sambil bersalaman. Aktiviti lebih menyeronokan lagi bila peserta-peserta dikehendaki membaca tajuk aktiviti dengan sintonasi penuh kasih sayang. Walaupun pada mulanya, bacaan yang kurang memuaskan kerana ia bacaan formal tanpa sintonasi yang mengekpresikan perasaan kasih sayang. Penghujung aktiviti, peserta-peserta berjaya membaca tajuk aktiviti dengan penuh rasa kasih sayang dan dengan sorakan hurray serta tepukan gemuruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: