Kelas Advocacy
19 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan program advocacy kepada peserta yang hadir. Fokus perbincangan advocacy pada kali ini ialah tentang maklumat palsu. Seramai 8 orang peserta telah hadir ke sesi taklimat advocacy dan mereka adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak.
Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu daripada jam 2 petang hingga 5 petang iaitu berkesinambungan daripada aktiviti memancing pada sebelah pagi. Aktiviti selingan yang turut dijalankan ialah penyampaian hadiah kepada peserta memancing mini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: