Tayangan Filem Merdeka

27 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang Sibu, Sarawak telah mengadakan Tayangan Filem Merdeka: Kanang Anak Langkau The Iban Warrior objektif aktiviti ini memupuk kesedaran tentang semangat national bersempena bulan merdeka. Aktiviti ini diadakan pada sebelah petang selama 3 jam dari jam 1:30 hingga 4:30 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah yang sedang cuti persekolahan. Selepas tayangan filem, peserta dikehendaki menjawab 7 soalan kuiz berkaitan dengan Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau.

Peserta juga didedahkan dengan bagaimana penggunaan Google untuk mencari Biodata Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau. Dengan menggunakan Wikipedia berkenaan Biodata Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau, peserta dapat menjawap kuiz mereka dengan jayanya. Peserta sangat teruja dengan tayangan dan kuiz yang diberikan tambahan pula Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau merupakan icon masyarakat Iban dan majoriti komuniti disini adalah kaum Iban.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali