Advokasi (Perkongsian Secara Berlebihan & Permainan Atas Talian)
5 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2018 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi yang dengan 2 tajuk iaitu Perkongsian Secara Berlebihan (Oversharing) dan Permainan Atas Talian yang berobjektif kesedaran pengguna IT penting tentang 2 tajuk ini. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.
Dalam sesi ini, hanya Advokasi tentang Perkongsian Secara Berlebihan sahaja yang ada video dari Youtube iaitu:
- Berkongsi Secara Berlebihan - Klik Dengan Bijak
- Oversharing: Think Before You Post – Common Sense Education
- Klik dengan bijak “Oversharing” – Farah Afizah
Dengan 3 video ini dapat memberi pengetahuan dan pemahaman kepada peserta yang hadir disamping dengan penerangan yang diberikan. Dalam sesi ini juga, peserta disediakan 3 soalan bagi memantapkan pemahaman mereka. 3 soalannya seperti dibawah;
- Apakah maksud Perkongsian Secara Berlebihan?
- Senaraikan antara maklumat yang tidak perlu dikongsi/didedahkan dalam sosial media?
- Bagaimana mengelak dari Perkongsian Secara Berlebihan?
Manakala untuk Advokasi Permainan Atas Talian pula, peserta diberikan penerangan sedikit sebanyak ini dapat membantu pemahaman peserta. Turut diterangkan juga, tentang Perkongsian Secara Berlebihan untuk memantapkan lagi pengetahuan peserta dalam 2 tajuk ini. Bagi Advokasi Permainan Atas Talian, disediakan juga 4 soalan iaitu:
- Apakah Permainan Atas Talian?
- Senaraikan contoh Permainan Atas Talian?
- Mengapa ketagihan Permainan Talian ini merbahaya kepada kita?
- Bagaimanakah cara untuk kita mengelak dari ketahigan Permainan Atas Talian ini?
Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat menjawab soalan yang disediakan. Diharapkan dengan pendedahan ini dapat dimanafaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: