Kelas Microsoft Office (Microsoft Excel) dan Advokasi

24 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2018, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (Microsoft Excel) dan Advokasi kepada peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan perkara asas di dalam Microsoft Excel dan kepentingannya. Antara asas yang diajar ialah cara membuat jadual dan menyimpan data. Slot terakhir kelas telah diisi dengan program advokasi bagi memberi kesedaran kepada peserta agar tidak menyalahgunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali