Kelas ICT dan Advokasi
25 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2018 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu, Sarawak telah mengadakan Kelas ICT dan Advokasi dengan objektif mendedahkan penggunakan applikasi Microsoft Word sekaligus kesedaran tentang semangat merdeka bersempena bulan merdeka. Kelas ini diadakan pada sebelah petang selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah yang sedang cuti persekolahan. Pada kelas tersebut, sebuah petikan berkenaan Tema dan Logo Sambutan Hari Kebangsaan 2018. Selain daripada pengetahuan peserta tentang penggunaan Microsoft Word, peserta juga dapat menambah pengetahuan mereka tentang tema, logo serta tema lagu Hari Kebangsaan 2018.
Peserta diberikan petikan untuk latihan menaip. Kemudian mereka akan dikehendaki menggunakan Bold, Italic dan juga Underline dalam perkataan yang dipilih. Disamping itu juga, peserta didedahkan penggunaan penukaran font, saiz font dan penukaran warna font untuk beberapa perkataan serta penggunaan Justify untuk petikan mereka. Akhir sekali, peserta diberi peluang untuk menyimpan gambar pada petikan mereka. Dengan latihan yang diberikan ini, peserta berasa teruja menyiapkan tugasan yang diberikan.
Dalam pada peserta menyiapkan tugasan yang diberikan, beberapa lagu telah dipilih sebagai latar muzik iaitu:
- Kita Punya Malaysia – Bunkface
- Negaraku – Faizal Tahir
- Warisan – Sudirman
- Standing In The Eyes Of The World – Ella
Empat lagu yang dipilih ini merupakan lagu yang berkaitan dengan semangat merdeka dan kecintaan tanahair Malaysia. Impak dari kelas ini, rata-rata peserta seronok dengan pendedahan yang diberikan. Kesungguhan mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberikan menampakan semangat ingin tahu peserta tentang Microsoft Word. Kebanyakan peserta menyatakan baru mendapat penjelasan penuh untuk tema, logo dan lagu tema Hari Kebangsaan 2018.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: