Kelas ICT dan Advokasi

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2018, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas ICT dan advokasi kepada peserta kelas. Dalam kelas ini, peserta telah diajar tentang cara membuat pelan belajar menggunakan Microsoft Office 2016. Ini penting bagi mengajar peserta tentang aspek pengurusan masa dengan lebih sistematik. Manakala, sesi taklimat advokasi juga telah dibincangkan bersama-sama dengan peserta pada sesi terakhir kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali