Kelas ICT & Advokasi

07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas ICT dan Advokasi kepada komuniti di Rantau Panjang yang bertempat di bilik latihan. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Modul yang diajar ialah berkaitan dengan kelas Microsoft Word 2016.

Dalam kelas ini, peserta telah diajar tentang cara membuat jadual agar data boleh dipaparkan dengan rapi dan jelas mengikut kategori masing-masing, cara menggabungkan sel dan menetap kedudukan teks di dalam sel. Pada 20 minit yang terakhir, mereka diberikan taklimat advokasi supaya menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali