Kelas ICT & Advokasi

11 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mei 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas ICT dan Advokasi kepada 8 orang peserta yang terdiri daripada 6 lelaki dan 2 perempuan di Rantau Panjang yang bertempat di bilik latihan. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari jam 1.00 petang hingga jam 5.00 petang. Modul yang diajar ialah berkaitan dengan kelas Microsoft Word 2016.

Dalam kelas ini, peserta telah diajar tentang cara membuat nota kaki atau footnote pada tugasan mereka. Mereka juga dinasihati supaya tidak melakukan plagiat iaitu meniru hasil kerja individu sesuka hati tanpa kebenaran. Di akhir kelas, mereka diberikan slot ceramah advokasi supaya sentiasa berhati-hati berkongsi maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali. Selain itu, mereka juga dinasihati supaya tidak klik pautan/muat turun fail melalui pautan daripada individu yang tidak dikenali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali