Kelas ICT & Advokasi

20 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas ICT dan Advokasi kepada komuniti di Rantau Panjang yang bertempat di bilik latihan. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Modul yang diajar ialah berkaitan dengan kelas Microsoft Word 2016. Dalam kelas ini, peserta telah diberi tugasan untuk menaip karangan ucapan dalam bahasa Iban sempena sambutan Hari Gawai Dayak yang hampir tiba.

Kelas ini penting bagi memupuk nilai kasih sayang terhadap keluarga dalam kalangan para peserta. Di akhir kelas, para peserta telah diberikan slot advokasi supaya tidak menyalahgunakan internet dalam kehidupan seharian mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali