Kelas ICT dan Advokasi
15 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 September 2018 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu, Sarawak telah mengadakan Kelas ICT dan Advokasi dengan objektif meningkatkan kreativiti peserta dalam membina slide persembahan dengan penggunakan applikasi Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan pada sebelah petang selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah. Peserta di beri tajuk Saya dan Animasi dan 5 gambar pilihan.
Pada sesi tersebut, peserta diberikan peluang untuk membina satu slide animasi berdasarkan 5 gambar yang disediakan. Kemudian mereka akan dikehendaki menggunakan menukar font kepada Bold serta penukaran warna pada perkataan yang dipilih. Disamping itu juga, peserta didedahkan penggunaan Layout serta Design. Akhir sekali, peserta diberi peluang untuk memberi gambar interaktif Animasi pada gambar dan perkataan yang dipilih. Dengan latihan yang diberikan ini, peserta berasa teruja menyiapkan tugasan yang diberikan dan meminta untuk membuat slide persembahan sendiri dengan gambar yang mereka pilih sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: