Kelas ICT dan Advokasi

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang Sibu, Sarawak pada 15 September 2018 (Sabtu) telah mengadakan Kelas ICT sekali lagi atas permintaan peserta yang menghadiri eKelas pada 14 September 2018 (Jumaat) objektif meningkatkan kreativiti peserta dalam membina slide persembahan dengan penggunakan applikasi Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 10 hingga 12 tengahari. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.

Untuk eKelas pada pagi itu didahulukan dengan 3 Matlamat Advokasi. Penerangan tentang Keselamatan, Tanggungjawab dan Waspada dalam pengunaan Internet. Dalam sesi Advokasi ini, peserta-peserta diberikan beberapa contoh dengan 3 Matlamat Advokasi. Pada sesi ini, ada peserta yang memberikan pendapat yang positif ada juga peserta yang masih samar-samar 3 Matlamat Advokasi ini. Sekitar jam 10:45 pagi, barulah peserta-peserta memulakan membina 3 slides persembahan mereka.

Pada eKelas kali ini, peserta di beri tajuk Bebas dengan membina 3 slides persembahan. Pada mulanya, peserta dikehendaki untuk membina satu 3 slides animasi mengikut kreativiti peserta sendiri berpandukan dari pelajaran pada eKelas 14 September 2018 (Sabtu). Bagaimana pun, setelah hampir semua peserta menyiapkan slides ke 2 mereka. Instructor telah mengeluarkan arahan peserta untuk menambah satu lagi slide pada persembahan mereka menjadikan 4 slide keseluruhan slides.

Walaupun penambahan 1 lagi slide, tidak rungutan daripada peserta-peserta malah mereka berasa teruja menyiapkan tugasan yang diberikan dan meminta untuk membuat slide persembahan sendiri dengan gambar yang mereka pilih sendiri. Impak dari kelas ini, rata-rata peserta seronok dengan pendedahan yang diberikan. Kesungguhan mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberikan menampakan keterujaan peserta tentang slides persembahan mereka dengan menggunakan applikasi Microsoft Powerpoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali