Kelas ICT (Microsoft Power Point 2016)
05 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 Februari 2018 , Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas ICT berkaitan Microsoft Power Point 2016 kepada warga Rantau Panjang. Objektif kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan perkara penting Micosoft Power Point 2016 kepada peserta iaitu berkaitan dengan teknik menaip dengan betul dan menyimpan data dalam bentuk jadual. Data yang telah disediakan dalam bentuk manual iaitu kertas perlu disimpan ke dalam jadual. Hasil kerja mereka dipantau dan dinilai oleh tenaga pengajar.
Kelas ini telah bermula selama 4 jam iaitu bermula dari pukul 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Kelas ini disertai oleh 4 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Refleksi P&P pada kali ini menunjukkan lebih 30% daripada mereka menguasai latihan yang diberikan. Kelas ini memberikan pengetahuan yang penting kepada peserta sebelum belajar dengan lebih mendalam tentang Microsoft Power Point 2016 pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: