Kelas ICT (Microsoft Power Point 2016)
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2018 , Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas ICT berkaitan Microsoft Power Point 2016 kepada warga Rantau Panjang. Objektif kelas ini diadakan adalah mengajar peserta tentang teknik memasukkan gambar dan gambar rajah ke dalam slide. Mereka dikehendaki memilih gambar yang berkaitan di internet dan menyimpan di dalam slide.
Mereka juga diajar membuat gambar rajah dan menyimpan animasi serta transisi ke dalam slide. Kelas ini telah bermula selama 4 jam iaitu bermula dari pukul 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Kelas ini disertai oleh 5 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Refleksi P&P pada kali ini menunjukkan lebih 40% daripada mereka menguasai latihan yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: