Kelas Microsoft Power Point 2016 dan Advokasi

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2018, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas ICT dan advokasi kepada peserta kelas. Dalam kelas ini, para peserta telah diajar membuat animasi di dalam Microsoft Power Point 2016 berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Refleksi kelas ini, menunjukkan bahawa kebanyakan peserta pandai membuat animasi dan ini sangat penting dalam menghasilkan bahan kerja yang kreatif. Di akhir kelas ini, mereka telah diberikan taklimat Klik dengan Bijak mengenai tajuk Penipuan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali