Kelas Usahawan
12 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Febuari 2018 , Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas Usahawan yang berkaitan medium penjualan alam maya iaitu shoope.my kepada 5 orang peserta yang hadir terdiri daripada 5 lelaki. Kelas ini berlangsung selama 4 jam dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Antara modul yang diterangkan adalah pengenalan kepada laman shoope.my.
Para peserta dikenalkan tentang apa itu shoope.my dan apakah kelebihan shoope.my. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta tentang wujudnya kedai maya dan menarik minat peserta dalam bidang e commerce.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: