Kelas ICT (Microsoft Word 2013)
15 January 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Microsoft Word 2013 kepada 10 orang peserta yang hadir yang terdiri daripada 7 lelaki dan 3 orang perempuan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam. Objektif kelas ini dianjurkan ialah bagi mendedahkan cara memasukkan data ke dalam jadual di dalam Microsoft Office 2013. Peserta telah diberi tunjuk ajar berkaitan cara-cara memasukkan jadual sehingga proses penyimpanan selesai. Antara aktviti sokongan dalam kelas ini ialah nyanyian lagu kebangsaan iaitu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Kelas ini tamat dengan jayanya pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: