Pertandingan Memancing Mini

19 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan satu pertandingan memancing mini kepada 16 orang peserta kanak-kanak. Pertandingan ini telah telah dianjurkan melalui kerjasama ahli jawatankuasa kampung. Objektif pertandingan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dan mengisi masa lapang mereka pada musim sekolah. Para pemenang telah diberikan hadiah. Program ini sangat mendapat sambutan yang meriah daripada peserta yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali