Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang Tahun 2018

30 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan program Hari Terbuka. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1.30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang kepada seluruh komuniti di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, bagi meningkatkan hubungan silaturahim antara staff dan komuniti setempat.

Banyak aktiviti telah diadakan semasa program berlangsung. Antaranya ialah Ceramah Advokasi, Pertandingan Menaip, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Meniup Gula-Gula dalam Tepung, Pertandingan Mengisi Air dalam Botol, Pertandingan Baling Bola dalam Bakul, Pertandingan Bowling Buah Nyiur dan Pertandingan Baling Dart. Program ini telah berlangsung dengan meriah sekali dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh komuniti di Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali