>Kelas Membuat Poster Selamat Hari Gawai Dayak 2018

20 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Rantau Panjang telah mengadakan kelas ICT dan Advokasi kepada komuniti di Rantau Panjang yang bertempat di bilik latihan. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu dari jam 1.00 petang hingga jam 4.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada peserta untuk membuat poster Selamat Hari Gawai Dayak 2018 bagi yang menyambut perayaan tersebut.

Mereka dikehendaki membuat tugasan tersebut menggunakan Microsoft Power Point 2016 dan juga menggunakan laman web https://www.canva.com/create/posters/ bagi yang ingin membuat poster secara online. Pada akhir kelas, mereka diberikan poster setiap seorang untuk disimpan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali