Kelas Softskill dan Advokasi

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2018, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Sofskill dan Advokasi kepada peserta yang hadir. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Dalam kelas ini, para peserta telah diberikan tugasan menaip karangan autobiografi dalam Bahasa Melayu dan dikehendaki membentang hasil tugasan mereka di hadapan kelas.

Kelas ini bertujuan bagi melatih kemahiran menaip dan meningkatkan tahap keyakinan peserta semasa di dalam kelas. Slot terakhir kelas ini turut diisi dengan aktiviti advokasi bersama peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali