Kelas Advokasi (Sexting)
2 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 01 Disember 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Advokasi (Sexting). Kelas ini telah berlansung selama 2 jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kelas ini iaitu terdiri daripada 4 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Kesemua peserta adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kelas ini diadakan adalah bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti tentang penyalahgunaan pengguna internet untuk memerangkap pengguna lain dengan sexting. Kelas ini mendedahkan maksud Sexting dan bagaimana sexting dapat dikenalpasti. Peserta juga didedahkan dengan kesan kesan jika terjerat nya dengan sexting dan juga dikongsikan untuk mencegah atau mengelak perkara seperti berikut berlaku.
Kesimpulannya, peserta sudah memahami tentang perkongsian advokasi kepada mereka dengan penilaian soal jawab selepas selesai sahaja slot. Ternyata peserta dapat menjawab dengan baik dan jelas tentang kupasan tajuk advokasi oleh PI Staff terangkan kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: