Kelas ICT (Create Email) & Advokasi (Penipuan Kewangan)

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Create Email) dan Advokasi (Penipuan Kewangan II). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Penipuan Kewangan dan Apa itu Email? Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 5 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Penipuan Kewangan. Pada sesi adalah sambungan Advokasi pada 12 Julai 2019 dengan tajuk yang sama. Kesinabungan ini, peserta didedahkan lebih mendalam jenis-jenis dan contoh-contoh kes serta cara mengatasi Penipuan Kewangan ini dari terus berlaku serta kesimpulan dari 2 hari perkongsian topik ini.

Manakala dalam Kelas ICT, PI Rantau Panjang membawa peserta-peserta membina Email menggunakan gmail. Sebelum membina Email, peserta diterangkan apakah itu Email dan apa perlunya Email serta beberapa tip-tip penting diberikan bagi menghindari gejala-gejala yang tidak sihat berlaku dalam penggunaan Email.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT, peserta dapat membina Email mereka dan keseronokan terpancar dari wajar mereka.

# Berhati-hati sebelum terkena. Jika tawaranya terlalu lumayan, periksa sebelum klik!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali