Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Pengenalan SKMM)

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu sekali peserta-peserta dari Rh. Jiddy (Kumpulan 2), Rantau Panjang menghadiri Kelas ICT (Mic. Word) dan Advokasi (Pengenalan SKMM). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi (Pengenalan SKMM) dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan Pengenalan SKMM. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu SKMM peranan dan fungsinya dari slide powerpoint SKMM. Disamping itu juga, daripada google peserta diperkongsikan juga apa itu SKMM. Daripada perkongsian ini, peserta aga teruja mengetahui apa itu SKMM.

Kemudiannya, dalam Kelas ICT. Dalam Kelas ICT ini, peserta diajar Asas Microsoft Word. Pembukaan kelas, peserta diajak bermain keyboard dengan mengerakkan jari jemari mereka. Kemudian peserta diperkenalkan tentang komponen komputer seperti Keyboard, Monitor dan Mouse. Setelah ini peserta diajar menggunakan Mouse pula. Dan seterusnya mereka diajak untuk menaip dengan betul dengan menggunakan Change Case – Copy & Paste – Highlighting. Peserta diajar menaip dengan betul bagaimana penggunaan Caps Lock untuk huruf besar dan kecil, penggunaan spacing, backspace dan juga enter.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Kami berharap peserta-peserta Kumpulan 2 ini dapat menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang lebih kerap agar dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali