Kelas Softskill – Dress Code
23 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Softskill dengan tajuk Dress Code. Objektif Softskill Dress Code ini adalah pendedahan jenis-jenis pakaian dan tempat yang sesuai menggunakan pakaian. Kelas ini diadakan selama 4 jam dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas ini amat menarik minat peserta yang hadir didorong oleh ingin tahu mereka dalam pakaian dan tempat yang sesuai. Antara Kod Pakaian yang dikongsikan dalam kelas ini ialah Etika Pakaian ke Pejabat, Kasual, Pantai, ke tempat-tempat Ibadah dan beberapa pakaian traditional tempatan dan luar negara. Dalam kelas ini, peserta bukan saja diperlihatkan pakaian-pakaian malah diterangkan juga beberapa maklumat bagi membantu peserta lebih tahu dengan kod pakaian sebenar.
Apa yang kita harapkan impak dari pendedahan ini dapat menambahkan lagi ilmu mereka dalam Kod Pakaian dan Etika Pakaian yang betul. Semoga dengan pendedahan ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: