Kelas Advokasi – Oversharing II

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Oversharing. Objektif kelas pada petang itu adalah memantapkan Oversharing yang dikongsikan pada kelas-kelas yang lalu. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Dalam kelas Advokasi ini, peserta diwajibkan menyalin isi-isi penting seperti Apa itu Oversharing, 7 risiko sekiranya ‘overshare’ dan langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan tajuk pada petang tersebut.

Impak dari penerangan pada kelas petang tersebut banyak membantu peserta-peserta mengingati Oversharing dengan lebih dalam dan diingatkan kepada peserta sentiasa berhati-hati dalam mereka kongsikan dalam media sosial.

# Jadilah, bijak berkongsi!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali