Kelas ICT (Wikipedia) dan Advokasi Keselamatan Siber

1 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 November 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas ICT (Wikipedia) dan advokasi (Buli Siber). Kelas ini telah berlansung selama 3 jam iaitu dari jam 2 hinga 5 petang. Kelas ini juga telah dihadiri sebanyak 13 orang peserta dimana semua peserta adalah 6 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir kebanykan adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas ini adalah memperkongsikan tentang kebaikan wikipedia dalam mencari maklumat atau informasi dan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang keselamatan siber. Di dalam kelas ini, peserta telah didedahkan bagaimana mencari maklumat dan informasi bertujuan pembelajaran dan fakta. Selain itu, peserta juga didedahkan tentang kesan kesan yang akan terjadi jika berlaku nya penyalahan internet dan cara cara untuk mengatasi berlaku nya penipuan di internet. Peserta telah diberi pendekatan yang lebih lagi melalui tayangan video tentang Klik Dengan Bijak..

Pada akhir kelas ini, semua peserta telah memahami keselamatan siber dan advokasi yang telah disampaikan dengan memberi respon yang sangat baik di dalam kelas. Melalui program seperti ini, PI Rantau Panjang berharap dapat melahirkan komuniti yang bijak dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali