Kelas Advokasi (Buli Siber)
1 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas advokasi (Buli Siber). Kelas ini telah berlansung selama 2 jam iaitu dari jam 10 pagi hinga 12 tengahari. Kelas ini juga telah dihadiri sebanyak 3 orang peserta dimana semua peserta adalah lelaki dan pelajar sekolah rendah.
Kelas advokasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang buli siber. Di dalam kelas ini, peserta telah didedahkan kesan kesan yang akan terjadi jika buli siber berlaku dan cara cara untuk mengatasi berlaku nya buli siber. Peserta telah diberi pendekatan yang lebih lagi melalui tayangan video tentang buli siber.
Pada akhir kelas ini, semua peserta telah memahami advokasi yang telah disampaikan dengan memberi respon yang sangat baik di dalam kelas. Melalui program seperti ini, PI Rantau Panjang berharap dapat melahirkan komuniti yang bijak dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: