Slot Kolaborasi Kempen Nafas Segar Klinik Komuniti PPR Rantau Panjang

31 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2019 (Jumaat), Klinik Komuniti PPR Rantau Panjang telah mengadakan Kempen Nafas Segar di Dewan Rh. Frankie, Rantau Panjang. Dalam acara tersebut Pusat Internet Rantau Panjang telah dijemput dalam kempen tersebut dan telah diberi slot selama sejam. Objektif kempen ini untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai bahaya merokok dan slot PI Rantau Panjang mempromosikan PI serta kepentingan Advokasi. Slot untuk PI Rantau Panjang ini diadakan selama 1 jam dengan 2 sesi iaitu sesi pertama dari jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi. Seramai 141 orang pelajar, 20 orang guru dan 30 orang komuniti yang hadir

PI Rantau Panjang mengambil kesempatan dalam slot ini untuk mempromosikan PI Rantau Panjang dan apa kepentingan dan peranan kepada pelajar serta komuniti. Disamping itu juga, diterangkan tentang Buli Siber, Maklumat Palsu, Indentiti Palsu, Jenayah Siber, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketahihan Internet dan Peranan Ibu Bapa serta penjaga dalam era siber masa kini.

Apa yang kita harapkan adalah kesedaran komuniti apa peranan Pusat Internet ini kepada mereka. Sekali gus, menarik minat mereka untuk bersama-sama dalam aktiviti yang diadakan di PI Rantau Panjang. Dengan kesempatan ini juga, PI Rantau Panjang mengucapkan terima kasi kepada Klinik Komuniti PPR Rantau Panjang kerana memberi peluang kepada kami dengan slot yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali