Kelas Advokasi – Building Resilience
5 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Building Resilience ataupun Membina Kebingkasan. Objektif penerangan dan pendedahan tajuk ini adalah tentang pentingnya tajuk ini kepada peserta-peserta dan komuniti setempat. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Pada kelas ini, peserta-peserta dikongsikan dengan paparan Powerpoint tentang tajuk Building Resilience ataupun Membina Kebingkasan. Peserta-peserta diberi sekeping kertas untuk menyalin 6 Agenda dalam slide iaitu Buli Siber, Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa. Kemudian mereka dikehendaki untuk memilih salah 1 dari 6 Agenda tersebut mengikut pemahaman mereka. Dalam pada itu, 1 aktiviti menukis tapak tangan mereka diatas kotak terpakai. Namun begitu, aktiviti ini akan bersambung ke kelas yang lain yang belum ditentukan tarikhnya.
Daripada kelas ini, apa yang dapat diperhatikan dari para peserta adalah 60 % mereka dapat mempersembahkan 6 Agenda itu. Ini adalah impak dari penerangan dan perkongsian sepanjang Advokasi diadakan. Semoga dengan pendedahan, penerangan dan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: