Kelas Advokasi – Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber. Objektif kelas ini adalah untuk pemahaman apa itu Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber yang melanda masa kini. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas ini merupakan pengenalan tentang Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber untuk pemahaman peserta yang hadir. Oleh kerana isi kandungannya lebih kurang sahaja, ini memudahkan peserta memahaminya. Rata – rata peserta tidak kekok untuk berkongsi serta bersoal jawab dalam kelas ini. Ini adalah impak dari penerangan dan perkongsian sepanjang Advokasi diadakan. Apa yang diharapkan dengan ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali