Kelas Advokasi – Keselamatan Komputer III
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan tajuk Pengawasan Kanak-Kanak Di Dalam Talian bekenaan Keselamatan Komputer. Objektif adalah memantapkan pemahaman peserta tentang Keselamatan Komputer. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Dalam kelas Advokasi kali ini, sekali lagi peserta-peserta dipaparkan slides Powerpoint tentang Keselamatan Komputer. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut setelah 2 kali kelas berkenaan tajuk yang sama. Rata-rata peserta-peserta kelas petang ini dapat menjawab Kuiz. Tambahan informasi dalam kelas ini, peserta didedahkan Tips mencipta kata lauan yang kukuh dan selamat untuk persediaan kelas akan datang.
Hasil daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam kelas tersebut. Kami berharap impak dari penerangan terperinci ini dapat membantu peserta-peserta mengingati pentingnya Keselamatan Komputer dengan lebih dalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: