Kelas Advokasi Sexting dan ICT - Komponen Komputer

12 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi Sexting dan Kelas ICT – Komponen Komputer. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu dari pukul 2 hingga pukul 5 petang. Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kelas ini yang terdiri daripada 8 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Semua peserta adalah dikalangan pelajar sekolah rendah. Sesi pertama telah dimulakan dengan kelas advokasi iaitu selama satu jam dan sejurus itu kelas ICT pada sesi kedua selama dua jam.

Objektif advokasi sexting didedahkan adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang bahaya nya penyalahgunaan internet ataupun teknologi seperti sexting dan mengenali lebih dekat lagi komponen komputer. Di dalam kelas advokasi peserta telah diterangkan tentang maksud Sexting dan bagaimana sexting boleh membawa keburukan kepada seseorang pengguna teknologi dan internet. Diakhir sesi, peserta telah disoal jawab tentang penerangan yang telah disampaikan kepada mereka dan ternyata 80 peratus daripada peserta dapat menjawab dan memahami penyampaian advokasi tersebut. Pada sesi kedua pula dimana kelas ICT dijalankan. Kelas ICT ini adalah bertujuan memberi peserta mengenali komponen-komponen komputer dari segi Hardware dan Software.

Diakhir kelas ini, setiap peserta diminta untuk menerangkan didepan kelas dengan menunjukkan gambar komponen komputer yang ada didalam slide. Sebanyak 70% peserta dapat mengenali dan memahami sepenuhnya komponen komputer, manakala 30% daripada itu masih tidak sepenuh nya mengenali dan peserta ini diminta untuk ulangkaji sekali lagi dan mereka berjaya sepenuh nya dalam mengenali komponen komputer yang dipapar kan di skrin projektor. Kesimpulan nya, peserta telah memahami tentang buruk nya mendapat sexting daripada seseorang dan telah mengetahui bagaimana mengelak daripada gangguan sexting. Peserta sudah tahu bagaimana untuk bertindak jika mendapat mesej atau komen di media sosial berunsurkan sexting. Pada akhir kelas ini juga, peserta juga telah memahami penggunaan komponen komputer dan fungsi nya. Semoga kelas ini dapat memberi maanfaat kepada peserta peserta yang telah hadir dan juga dapat berkongsi ilmu ini kepada ibubapa mereka dan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali