Kelas Keusahawanan (Produk) dan Advokasi Building Resilience

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Keusahawanan dan Advokasi Building Resilience. Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk mengembangkan idea idea kreatif dari peserta tentang pembentukan produk dan memantapkan lagi kesedaran peserta tentang advokasi building resilience.

Peserta dimulakan dengan advokasi dimana telah didedahkan tentang jenayah siber dan tips pencegahan dari menjadi mangsa jenayah siber. Selepas itu, peserta telah diminta untuk melakar satu brainstorming tentang satu produk dengan mengembangkan sebuah produk yang berpontensi boleh maju ke pasaran. Peserta telah berbincang secara berkumpulan dan membentangkan hasil idea idea mereka. Pada akhir kelas ini, kesemua peserta menyumbang idea baru yang boleh ditengah kan bagi mengembangkan lagi produk tersebut ke pasaran. Kesungguhan peserta dalam dalam kelas advokasi juga sangat mengambil perhatian sepanjang kelas dijalankan. Semoga kelas ini sentiasa memberi kesedaran peserta dan komuniti dalam mengatasi masalah jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali